Wednesday, 26 August 2015

Adat Resam dan Pantang Larang Kelahiran dalam Kalngan Masyarakat Cina - Selepas Kelahiran


      Orang Cina akan menggunakan sehelai kain untuk melilit pusat bayi yang baru lahir. Ini bertujuan untuk mengelakkan pusat bayi dimasuki angin serta mengeringkan tali pusat. Orang Cina mempercayai pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda yang baik. Ini bermaksud bayi itu akan mempunyai masa depan yang senang. Manakala pusat yang tersembul pula merupakan petanda yang tidak baik. Ini pula bermaksud kehidupan bayi itu kurang baik.

Pusat bayi
      Selepas melahirkan anak, ibu terpaksa berpantang selama satu bulan. Dalam masa berpantang itu, ibu tidak boleh mandi air sejuk supaya tidak dimasuki angin. Jadi, ibu mesti dilapkan dengan air panas dan memakai pakaian yang tebal. Selain itu, memakan makanan yang sejuk dan mencuci rambut tidak dibenarkan sama sekali.

Pakai pakaian yang tebal

      Orang Cina mempunyai cara yang tersendiri dalam menyediakan ramuan masakan untuk ibu bersalin. Mereka menyediakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam. Ayam, halia dan lada dimasuk dalam arak tersebut dan kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini bertujuan untuk mengeluarkan angin daripada badan ibu serta menguatkan semula tenaga. Di samping itu, makanan berkhasiat seperti pati ayam digalakkan untuk makan.
Pati Ayam

Makanan berkhasiat

      Kenduri akan diadakan apabila bayi mencapai umur sebulan. Satu jenis kuih yang berwarna merah akan diberikan kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang terdekat. Beberapa biji telur yang berwarna merah juga diberikan bersama kuih itu. Mereka yang mendapat kuih dan telur akan membalas dengan memberi hadiah seperti pakaian bayi dan rantai emas. Kenduri ini berfungsi merayakan kelahiran “orang baru” dalam masyarakat.

Kenduri

Kuih khas berwarna merah

Telur berwarna merah

      Sehari selepas kenduri kelahiran sebulan bayi, rambut bayi akan dicukur. Orang Cina menganggap rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara sahaja. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungn perlu dicukur untuk menumbuhkan rambut yang baru. Oleh itu, rambut bayi akan dicukur.

Bayi sedang mencukur rambut


Rujukan



1. Miss Iza. (2010). Adat resam dan pantang larang masyarakat Cina. Diakses pada 2/8/2015 daripada laman web https://www.scribd.com/doc/26242153/Adat-Resam-Dan-Pantang-Larang-Masyarakat-Cina

2. Ann Wan Seng. (1994). Adat dan pantang larang orang cina. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment