perekat |
memaku |
Wanita
mengandung haruslah mengawal tingkah laku. Sebagai contoh, tidak mengeluarkan
kata-kata yang kesat, tidak boleh mendera dan memukul binatang. Tujuannya
adalah untuk menghindarkan bayi yang bakal lahir daripada terkena badi. Sebagai
contoh, memukul monyet akan melahirkan bayi yang berwajah monyet, atau
berkelakuan monyet.
Mendera binatang |
Sistem
kekeluargaan masyarakat Cina lebih mementingkan anak lelaki. Ini adalah kerana
lelaki akan melanjutkan keturunan keluarga Cina kerana anak lelaki mewarisi
nama nenek moyang. Anak lelaki sangat penting kerana tanpa lelaki, jurai
keturunan nenek moyang akan terputus. Oleh itu, setiap pasangan akan terus
bercuba untuk melahirkan anak lelaki tidak kira apa cara yang perlu digunakan.
Lelaki lebih penting daripada perempuan |
Selain
itu, dengan cara melihat bentuk perut wanita mengandung, orang Cina dapat
menentukan sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan. Sekiranya perut
berbentuk bulat maka bayi yang bakal lahir adalah perempuan. Jika perut
kelihatan tajam maka bayi yang bakal lahir adalah lelaki. Namun demikian, cara
ini tidak tepat kerana hanya dibuat secara pendangan mata kasar sahaja.
Bentuk perut yang berbeza melambang jantina bayi yang berbeza |
Akhir
sekali, tidak digalakkan untuk memberi nama kepada bayi yang belum lahir. Ini
menunjukkan mereka terlalu mengharap untuk mendapatkan bayi lelaki atau
perempuan. Ini merupakan satu perkara yang tidak pasti selagi bayi itu belum
lahir. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan perasaan kecewa apabila harapan
mereka tidak tercapai.
Contoh nama orang Cina
Rujukan
1. Miss Iza. (2010). Adat resam dan pantang larang masyarakat Cina. Diakses pada 2/8/2015 daripada laman web https://www.scribd.com/doc/26242153/Adat-Resam-Dan-Pantang-Larang-Masyarakat-Cina
2. Ann Wan Seng. (1994). Adat dan pantang larang orang cina. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
|
No comments:
Post a Comment