Wednesday, 26 August 2015

Adat Resam dan Pantang Larang Kelahiran dalam Kalangan Masyarakat Cina

Malaysia merupakan satu negara yang begitu unik kerana terdapat pelbagai jenis kaum dan bangsa yang dapat hidup bersama secara aman damai. Setiap suku bangsa mempunyai adat resam dan pantang larang yang berbeza dalam kehidupan mereka masing-masing. Kami akan membincangkan adat resam dan pantang larang kelahiran dalam kalangan masyarakat Cina.

Pelbagai jenis kaum dan bangsa

Apakah adat resam?

Menurut Kamus Dewan, istilah adat resam adalah “…adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, borsopan-santun ketika bertutur di mana ia menjadi sifat, tabiat manusia semula jadi yang diikuti turun-temurun.”

Apakah pantang larang?

Pantang larang merupakan larangan-larangan yang wujud dalam masyarakat terhadap sesuatu tindakan kerana tindakan tersebut terlalu suci untuk dilakukan oleh orang biasa. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum mempunyai pantang-larang masing-masing.

Apakah kelahiran?
Kelahiran adalah satu proses anak dilahirkan daripada perut ibu. Selepas sembilan bulan mengandung, barulah berlakunya proses kelahiran.

Bayi

Masyarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang sungguh unik dan menarik. Misalnya, adat resam dan pantang larang berkaitan kelahiran. Ini adalah kerana masyarakat Cina sangat bergantung kepada nasib. Persekitaran mempengaruhi kehidupan harian mereka. Oleh itu, mereka memerlukan tukang tilik sebagai pakar rujuk supaya mereka dapat mematuhi adat resam serta tidak melanggar pantang-larang dalam kehidupan mereka seperti dalam hal kelahiran. 

Satu perkara yang sangat unik dalam kelahiran masyarakat Cina adalah apabila seorang bayi lahir daripada perut ibu, dia dikira berumur setahun. Ini adalah kerana cara pengiraan orang Cina adalah berdasarkan benih bayi sewaktu masih berada dalam kandungan lagi. Tidak seperti dalam masyarakat lain, iaitu umur bayi dikira selepas dia dilahirkan. Jadi, orang Cina pada asasnya berumur satu tahun lebih tua berbanding dengan orang-orang daripada kaum yang lain.

Rujukan:

1. Wiramanja A.Rahman A. Hanafiah. (2004). Pengertian Adat dan Budaya. Diakses pada 1/8/2015 daripada laman web https://www.academia.edu/2137404/PENGERTIAN_ADAT_RESAM_DAN_BUDAYA_MELAYU
2. Wikipedia. (2013). Pantang Larang. Diakses pada 1/8/2015 daripada laman web https://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang
3.  Ann Wan Seng. (1994). Adat dan pantang larang orang cina. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.








No comments:

Post a Comment