Wednesday, 26 August 2015

Adat Resam dan Pantang Larang Kelahiran dalam Kalngan Masyarakat Cina - Selepas Kelahiran


      Orang Cina akan menggunakan sehelai kain untuk melilit pusat bayi yang baru lahir. Ini bertujuan untuk mengelakkan pusat bayi dimasuki angin serta mengeringkan tali pusat. Orang Cina mempercayai pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda yang baik. Ini bermaksud bayi itu akan mempunyai masa depan yang senang. Manakala pusat yang tersembul pula merupakan petanda yang tidak baik. Ini pula bermaksud kehidupan bayi itu kurang baik.

Pusat bayi
      Selepas melahirkan anak, ibu terpaksa berpantang selama satu bulan. Dalam masa berpantang itu, ibu tidak boleh mandi air sejuk supaya tidak dimasuki angin. Jadi, ibu mesti dilapkan dengan air panas dan memakai pakaian yang tebal. Selain itu, memakan makanan yang sejuk dan mencuci rambut tidak dibenarkan sama sekali.

Pakai pakaian yang tebal

      Orang Cina mempunyai cara yang tersendiri dalam menyediakan ramuan masakan untuk ibu bersalin. Mereka menyediakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam. Ayam, halia dan lada dimasuk dalam arak tersebut dan kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini bertujuan untuk mengeluarkan angin daripada badan ibu serta menguatkan semula tenaga. Di samping itu, makanan berkhasiat seperti pati ayam digalakkan untuk makan.
Pati Ayam

Makanan berkhasiat

      Kenduri akan diadakan apabila bayi mencapai umur sebulan. Satu jenis kuih yang berwarna merah akan diberikan kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang terdekat. Beberapa biji telur yang berwarna merah juga diberikan bersama kuih itu. Mereka yang mendapat kuih dan telur akan membalas dengan memberi hadiah seperti pakaian bayi dan rantai emas. Kenduri ini berfungsi merayakan kelahiran “orang baru” dalam masyarakat.

Kenduri

Kuih khas berwarna merah

Telur berwarna merah

      Sehari selepas kenduri kelahiran sebulan bayi, rambut bayi akan dicukur. Orang Cina menganggap rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara sahaja. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungn perlu dicukur untuk menumbuhkan rambut yang baru. Oleh itu, rambut bayi akan dicukur.

Bayi sedang mencukur rambut


Rujukan



1. Miss Iza. (2010). Adat resam dan pantang larang masyarakat Cina. Diakses pada 2/8/2015 daripada laman web https://www.scribd.com/doc/26242153/Adat-Resam-Dan-Pantang-Larang-Masyarakat-Cina

2. Ann Wan Seng. (1994). Adat dan pantang larang orang cina. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Adat Resam dan Pantang Larang Kelahiran dalam Kalangan Masyarakat Cina - Sebelum Kelahiran




*      Wanita mengandung mestilah mengawal setiap tindak-tanduk mereka dalam kehidupan seharian. Orang Cina mempercayai bahawa bayi yang bakal lahir akan cacat sekiranya ibu melakukan kerja-kerja seperti memaku. Selain itu, mereka juga mempercayai bahawa bayi yang bakal lahir akan terletak di lubang punggung ibunya jika melakukan kerja-kerja yang melibatkan gam ataupun perekat.


perekat
memaku

      Wanita mengandung haruslah mengawal tingkah laku. Sebagai contoh, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, tidak boleh mendera dan memukul binatang. Tujuannya adalah untuk menghindarkan bayi yang bakal lahir daripada terkena badi. Sebagai contoh, memukul monyet akan melahirkan bayi yang berwajah monyet, atau berkelakuan monyet.

Mendera binatang

      Sistem kekeluargaan masyarakat Cina lebih mementingkan anak lelaki. Ini adalah kerana lelaki akan melanjutkan keturunan keluarga Cina kerana anak lelaki mewarisi nama nenek moyang. Anak lelaki sangat penting kerana tanpa lelaki, jurai keturunan nenek moyang akan terputus. Oleh itu, setiap pasangan akan terus bercuba untuk melahirkan anak lelaki tidak kira apa cara yang perlu digunakan.

Lelaki lebih penting daripada perempuan

      Selain itu, dengan cara melihat bentuk perut wanita mengandung, orang Cina dapat menentukan sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan. Sekiranya perut berbentuk bulat maka bayi yang bakal lahir adalah perempuan. Jika perut kelihatan tajam maka bayi yang bakal lahir adalah lelaki. Namun demikian, cara ini tidak tepat kerana hanya dibuat secara pendangan mata kasar sahaja.

Bentuk perut yang berbeza melambang jantina bayi yang berbeza

      Akhir sekali, tidak digalakkan untuk memberi nama kepada bayi yang belum lahir. Ini menunjukkan mereka terlalu mengharap untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan. Ini merupakan satu perkara yang tidak pasti selagi bayi itu belum lahir. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan perasaan kecewa apabila harapan mereka tidak tercapai.

Contoh nama orang Cina

Rujukan


1. Miss Iza. (2010). Adat resam dan pantang larang masyarakat Cina. Diakses pada 2/8/2015 daripada laman web https://www.scribd.com/doc/26242153/Adat-Resam-Dan-Pantang-Larang-Masyarakat-Cina

2. Ann Wan Seng. (1994). Adat dan pantang larang orang cina. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.




Adat Resam dan Pantang Larang Kelahiran dalam Kalangan Masyarakat Cina

Malaysia merupakan satu negara yang begitu unik kerana terdapat pelbagai jenis kaum dan bangsa yang dapat hidup bersama secara aman damai. Setiap suku bangsa mempunyai adat resam dan pantang larang yang berbeza dalam kehidupan mereka masing-masing. Kami akan membincangkan adat resam dan pantang larang kelahiran dalam kalangan masyarakat Cina.

Pelbagai jenis kaum dan bangsa

Apakah adat resam?

Menurut Kamus Dewan, istilah adat resam adalah “…adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, borsopan-santun ketika bertutur di mana ia menjadi sifat, tabiat manusia semula jadi yang diikuti turun-temurun.”

Apakah pantang larang?

Pantang larang merupakan larangan-larangan yang wujud dalam masyarakat terhadap sesuatu tindakan kerana tindakan tersebut terlalu suci untuk dilakukan oleh orang biasa. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum mempunyai pantang-larang masing-masing.

Apakah kelahiran?
Kelahiran adalah satu proses anak dilahirkan daripada perut ibu. Selepas sembilan bulan mengandung, barulah berlakunya proses kelahiran.

Bayi

Masyarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang sungguh unik dan menarik. Misalnya, adat resam dan pantang larang berkaitan kelahiran. Ini adalah kerana masyarakat Cina sangat bergantung kepada nasib. Persekitaran mempengaruhi kehidupan harian mereka. Oleh itu, mereka memerlukan tukang tilik sebagai pakar rujuk supaya mereka dapat mematuhi adat resam serta tidak melanggar pantang-larang dalam kehidupan mereka seperti dalam hal kelahiran. 

Satu perkara yang sangat unik dalam kelahiran masyarakat Cina adalah apabila seorang bayi lahir daripada perut ibu, dia dikira berumur setahun. Ini adalah kerana cara pengiraan orang Cina adalah berdasarkan benih bayi sewaktu masih berada dalam kandungan lagi. Tidak seperti dalam masyarakat lain, iaitu umur bayi dikira selepas dia dilahirkan. Jadi, orang Cina pada asasnya berumur satu tahun lebih tua berbanding dengan orang-orang daripada kaum yang lain.

Rujukan:

1. Wiramanja A.Rahman A. Hanafiah. (2004). Pengertian Adat dan Budaya. Diakses pada 1/8/2015 daripada laman web https://www.academia.edu/2137404/PENGERTIAN_ADAT_RESAM_DAN_BUDAYA_MELAYU
2. Wikipedia. (2013). Pantang Larang. Diakses pada 1/8/2015 daripada laman web https://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang
3.  Ann Wan Seng. (1994). Adat dan pantang larang orang cina. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.